Monday, July 21, 2008

Muzakarah PAS-UMNO

Melihat beberapa komentar terkini, jelas pengakuan (umpan) Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi tentang pertemuan beliau dengan Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa dan Khalid Samad jelas mengena. PAS kini jelas bergolak. Beberapa perkara mungkin berlaku sedikit masa lagi.
1)Muzakarah PAS-UMNO tidak berlaku kerana desakan ahli akar umbi
2)Rakan PAS dalam Pakatan Rakyat meragui keikhlasan PAS terutama dalam negeri Pakatan Rakyat (terutamanya Selangor)
3)Kaum India & Cina dalam Kelab Penyokong Rakyat dalam kebingungan dan kembali kepada BN (atau ke PKR & DAP)

Mujurlah tidak ada pemilihan dalam PAS semasa Muktamar nanti. Jika tidak sudah pasti pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat dengan pertemuan rahsia ini akan terkandas. Yang pastinya, mereka ini akan teruk dibelasah oleh perwakilan pada Muktamar di Ipoh kelak.

Tuesday, May 13, 2008

Blogger dan Nawaitu

Kegilaan mempunyai blog peribadi mulai memuncak selepas selesai urusan PilihanRaya Umum ke-12 pada Mac yang lepas apabila diketahui ramai bahawa faktor utama kehilangan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional adalah peranan yang dimainkan oleh blog-blog dan web-web yang berada di dalam internet. Sejak itu, adalah dilaporkan bahawa rakyat Malaysia sehingga kini sudah mempunyai hampir 250 ribu blog peribadi masing-masing.

Pelbagai faktor seseorang itu tergerak hati mempunyai blog peribadi masing-masing. Ada yang beringinan untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain, ada yang disebabkan sebagai medan untuk meluahkan perasaan, ada yang bernawaitukan sebagai medan dakwah, ada yang menjadikannya sebagai medan the new war untuk menyebar dakyah-dakyah tertentu (yang sudah pastinya mempunyai agenda-agenda tertentu jugak), ada yang berkeinginan sebagai sekadar ikut-ikutkan kerana kawan-kawan lain sudah mempunyai blog, dan segala macam lagi nawaitu untuk mempunyai blog peribadi masing-masing.

Bahkan, ada di kalangan mereka yang dulunya pernah mengatakan blogger-blogger di internet ini ini sebagai monyet, beruk, x bernilai dan segala macam lagi, hari ini oleh kerana sebab-sebab tertentu maka mereka ini sanggup jilat balik ludah dan kohok hijau mereka untuk dengan mempunyai blog masing-masing!! Haha...manusia memang cepat lupa apa yang mereka perkatakan... terutamanya orang politik!

Sebelum kami membuat keputusan untuk membuat blog ini, pelbagai perkara kami perbahaskan
- kenapa kita perlu bersusah payah giler untuk ‘menjaga’ & mengupdate blog beb
- kenapa baru sekarang nak buat, kenapa tidak dulu lagi (bak kata bijak pandai, “orang yang bijak ialah pabila membuat sesuatu, orang lain menirunya” (dalam soal ini, kami memang peniru!)
- nawaitu (nak tunjuk kat orang kita ni pandai sgt or nampak up to date ker?)
- ader ke orang baca blog kita beb?

Selepas muzakarah beberapa saat, kami membuat keputusan....“Haha, peduli apa kita, blog kita, suka hati kitaorang la..korang nak peduli apa beb”....

p/s: nice answer...