Thursday, May 27, 2010

ASAS PEMIKIRAN ISLAM

-Ahmad Faisal

Idea asas untuk menulis dan membincangkan perkara ini lahir dari kecenderungan masyarakat Islam sekarang yang lebih prihatin dan terbuka untuk membincangkan hal-hal berkaitan dengan agama. Terlebih dahulu saya mengakui bahawa usaha ini hanyalah sekadar usaha kecil sedaya yang mampu dilakukan sendirian untuk memberi sedikit sumbangan dalam menjaga kemurniaan agama Islam dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang sering berkumpul dan bertemu bicara di masjid.

Ianya bukanlah suatu ilmu baru sebaliknya adalah suatu usaha kecil untuk mengumpul kaedah asas yang menjadi kerangka berfikir dan pegangan ulama Islam dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Jika apa yang lakukan ini terdapat kesilapan dan kekurangan maka teguran membina amat saya alukan dan hormati. Ianya adalah hasil dari pembalajaran, pembacaan, dan perbincangan saya selama lebih 25 tahun mengenai ilmu-ilmu agama dalam pelbagai bidang.

Saya berharap dengan perkongsian ringkas ini dapat memberi panduan kepada kawan-kawan yang cintakan ilmu dan agama untuk mengetahui dan membentuk kerangka berfikir yang betul dengan asas fikir dalam Islam. Senario semasa kini memperlihatkan bahawa terdapat satu ledakan kesedaran Islam yang amat kuat di kalangan masyarakat. Namun, yang menyedihkan ledakan itu bangkit di atas asas yang songsang dalam kerangka berfikir atau terdapat juga sebahagian mereka langsung tidak mengetahui kerangka apakah yang membentuk corak fikir mereka. Semua itu dilakukan secara semberono sekadar menukilkan apa yang dibincangkan oleh penulis kolum atau blogger yang mereka baca.

Ulama Islam silam telah membina satu kerangka ilmu yang cukup mantap dan kukuh demi menjaga kesucian agama Islam. Walaupun kita dapati mereka berbeza pandangan dan berselisih pendapat, namun semua itu masih dilandasi oleh kerangka berfikir yang jelas dan setiap mereka mempunyai asas atau kaedah berfikir yang jelas dan diikuti secara konsisten dalam menyatakan pandangan mereka. Sesungguhnya sikap ilmiah inilah seharusnya menjadi pegangan kita dalam menaggani perselisihan pandangan pada masa kini. Sesungguhnya ulama Islam silam mereka adalah sarjana ilmuan yang hakiki dan agung dalam memahami ilmu serta menghabiskan seluruh hidup mereka demi memartabatkan ilmu kerana Allah.

Lakaran gambaran umat Islam kini yang ghairah untuk memahami nas-nas agama, dapatlah disimpulkan tergolong dalam lapan kategori berikut;

i. Ramai penulis (samada kolum akhbar, majalah atau penulis blog) yang menulis mengenai Islam tidak mempunyai kerangka berfikir yang jelas dan tidak berpegang dengan kaedah-kaedah berfikir yang tuntas secara konsisten. Atau mungkin mereka tidak mengetahui langsung apa yang dikatakan itu dengan kaedah berfikir atau kerangka fikir dalam Islam.

ii. Golongan kedua pula, nas-nas agama itu difahami pada makna bahasa Arab secara literal dan kaku atau mungkin mereka sendiri tidak memahaminya secara betul. Jika mereka mendakwa memahami nas tersebut, fahaman itu terhasil melalui penghubung ketiga seperti terjemahan nas (dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris) atau huraian seseorang mengenai nas.

iii. Ramainya penulis mengenai Islam yang cukup pandai bermain kata. Nas-nas yang dihidangkan kepada pembaca mungkin secebis atau sepotong ayat atau hadith tetapi diungkapnya dalam bentuk sebuah karya yang jauh menyimpang dari maksud nas-nas itu. Alangkah ramainya penulis atau pembicara di atas nama agama seperti ini.

iv. Pemidato atau pengacara rancangan yang petah berkata-kata mengenai Islam sedangkan dia langsung tidak tahu mengenai isu yang ingin dibincangkan itu. Sebaliknya cuba menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang maha pakar dan alim dalam semua bidang agama. Alangkah aibnya sikap ini jika dia melihat dari sudut kebertanggungjawaban terhadap agama.

v. Ustaz yang berbicara mengenai agama di luar bidang pengkhususannya. Menukilkan nas-nas dan pandangan ulama muktabar hanya berdasarkan kecenderungan peribadi. Kadangkala kenyataannya itu bercanggah antara satu sama lain, atau bercanggah dengan akal logik, atau sesekali menjadi seorang yang fanatik terhadap makna nas dan sebagainya. Kesemua itu adalah gambaran kecelaruan dalam berfikir seorang ustaz yang tidak mempunyai kerangka fikir yang jelas atau lebih mengaibkan lagi mungkin dia langsung tidak mengetahui apakah itu kaedah berfikir dalam Islam.

vi. Seorang yang sukakan kebecokan dan kegegeran. Suatu isu yang sudah lama selesai dibincangkan dan ianya disembunyikan oleh ulama demi kemaslahatan ummah. Tetapi bila dia mengetahui isu itu, maka mula diungkit kembali agar dia dikenali sebagai ulama atau pemikir ummah yang membawa suatu pembaharuan dalam masyarakat. Ada sepatah ungkapan Arab yang menyatakan “buatlah sesuatu yang pelik pasti kamu akan dikenali”

vii. Ramai terdapat di kalangan masyarakat Islam yang melihat Islam bukan dari sumbernya yang asal. Mereka mungkin rajin membaca dan mengkaji, namun usaha itu dirintis di atas jalan yang silap. Islam dilihat pada rupa luarnya dan jika dilihat pada rupa dalamnya pun gambarannya adalah kabur. Mereka ini kadangkala terdiri dari “orang penting” dalam masyarakat. Akhirnya Islam sekali lagi disalahertikan.

viii. Dan yang terakhir, mereka yang mengaut keuntungan dunia di atas nama Islam. Apa saja yang dilafazkan, dituliskan, dibicarakan tiada lain matlamatnya hanyalah untuk keuntungan dunia peribadi atau kelompok. Ukuran mereka adalah satu; jika sesuatu itu mengurangkan keuntungan mereka maka semuanya salah dan tak benar.

Aku tak dapat nak menyimpulkan apa2 tentang tajuk nih...cume mintak pandangan korang tentang 8 jenis penulis, dimanakah AKU?

Negara Malaysia akan bankrap tahun 2019

MALAYSIA BANKRAP 9 TAHUN LAGI...SIASAT,KERANA SUBSIDIKAH

- Malaysiakini

MALAYSIA menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara. Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan. "Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," kata Indris merujuk kepada ahli Kesatuan Eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

APA ITU KAPITALIS?

Kapitalisme, asasnya ialah:

  • memberi sepenuh pemilikan modal (capital) kepada swasta/private,
  • mengalakkan persaingan yang tinggi,
  • keputusan ekonomi sepenuhnya ditangan persendirian,
  • bermatlamatkan semata-mata kepuasan (pengguna) dan keuntungan (pengeluar) yang paling maksimum,
  • tiada kawalan pasaran dari kerajaan…

Dan sistem-sistem selain ekonomi Islam ini sah-sah ada kebaikan dan keburukannya, sebab ia datang dari manusia, berasaskan human reasoning, hasil dari penilaian dan pengamatan setakat kemampuan otak manusia yang terbatas…apatah lagi founder nya pula tidak mengimani kepada Pencipta Manusia…

Contoh kebaikan kapitalisme:

  • kecekapan pengurusan modal,
  • barang semakin berkualiti,
  • kos makin murah,
  • dan pelbagai pilihan barangan,
  • …..
  • ….
  • ….(penyokong kapitalisme boleh tambah lagi…)

Namun, keburukan kapitalisme pula adalah:

  • riba (sistem kewangan berasaskan kapitalisme),
  • jurang pendapatan melebar (yang kaya bertambah kaya, yg miskin makin miskin),
  • kegagalan pasaran menjamin kebajikan rakyat kebanyakan
  • kurangnya public goods (yang dikira tidak menguntungkan pengeluar)
  • kos pengeluar ditanggung oleh pihak ketiga (pengguna) yg menerima beban dari keputusan yg dibuat pengeluar kapitalis, dll….

Itulah kapitalisme. Ia amat senada dengan pasaran bebas atau laissez faire.

Harus diingat, sepertimana saya menetang kapitalisme, saya anti monopoli, dan saya tidak menyokong sosialisme… Saya hanya menyokong sistem ekonomi yang Islam anjurkan.

Dalam ekonomi Islam sebenarnya ada jugak ciri-ciri seperti kapitalisme. Contohnya private ownership of capital, persaingan, free entry and exit, interaksi demand and supply untuk penentuan harga dll.

Tapi kerana asas kapitalisme ini hanya mengambil sebahagian-sebahagian sahaja dari apa yang Islam telah anjurkan (ye lah, pengasas kapitalisme pun bukannya Islam kan?), hanya berdasarkan secara surficial approach, tidak secara tauhidik, meninggalkan metafizika Islam di sebalik konsep ekonomi itu sendiri… maka dengan sendirinya kapitalisme itu tertolak.

Berikut saya berikan pandangan dari pakar-pakar Ekonomi Islam setakat yang saya tahu.

Ibn Qayyim (1292-1350AD) menyokong pemilikan capital oleh swasta (seperti yang didokong kapitalisme) tetapi beliau berkata mestilah berasaskan norm and values of Islam.

Apa norm and values of Islam? Ia mestilah tidak di atas mudharat pihak yg lain, tidak berasaskan kepada kepentingan sendiri semata-mata…

Di samping itu Ibn Taymiyah (1263-1328AD) menyokong interaksi demand supply untuk penentuan harga, Ibn Taymiyah juga menyatakan kerajaan ada peranan kerajaan untuk protect the public interest, kerajaan boleh tetapkan harga yg sepatutnya jika kenaikan harga is artificially manipulated…

Contoh lain ialah Ibn Miskawaih (died 1030AD), Al-Maqrizi (1364- 1442) yang mengalakkan pengunaan gold dinar.

Juga Al-tartusi (450AH) dimana beliau menggalakkan penggunaan public fund untuk social security system to help the poor, needy and orphans, unemployed handicapped an so on (subsidi la ni…)

Ibn Hazm (994-1064AD) pula menyatakan peranan kerajaan untuk menjamin basic need of the poor (subsidi lagi) seperti makanan, minuman, pakaian, tempat berlindung.

Shah Wali Allah (1703-1762 AD) juga menyebut keburukan kapitalis di mana berlaku ketidakseimbangan pendapatan.

Pendapatan yg tinggi untuk sesuatu kumpulan tertentu dalam masyarakat (yg sedikit jumlah mereka) akan menyebabkan penghasilan barangan yang tidak bermanfaat / tidak diperlukan (undesirable product mix) untuk kumpulan yang kurang pendapatan (majority dalam masyarakat).

Dan, harus ditekankan, satu COMMON THEME yang tidak pernah lekang dari diskusi mereka:

“perlunya peranan kerajaan untuk menjamin welfare of the public…”

Dan kalau dikaji susur galur ekonomi barat, gambaran berikut boleh dijadikan asas pemahaman kita:

  • Abad 17-18 : Teori ekonomi Merchanitilists (teori terawal yg dapat dikesan di barat)
  • Abad 18 : Teori Physiocrats (Quesnay, 1758)
  • 1776 : Adam Smith (bermulanya teori ekonomi barat secara formal)
  • Abad 18-19: Classical economic theory yang berasaskan teori kapitalisme Adam Smith. (Malthus 1778, Ricardo 1817)
  • Abad 19 : Neo-classical economic theory (Mill 1848, Walras & Marshall 1890).
  • 1936 : Keynesian Economics. John Maynard Keynes adalah ahli ekonomi yang paling awal menyatakan perlunya peranan kerajaan untuk menstabilkan ekonomi setelah melihat ekonomi dunia merudum teruk akibat kebobrokan kapitalsme yang telah menguasai ekonomi dunia sejak 200 tahun sebelumnya (abad ke 18 dan 19).
  • Abad 19-20: menyaksikan kebangkitan aliran ekonomi ekstrem seperti Marx (1867) Lenin (1914) yang mengagungkan penguasaan sepenuhnya kerajaan dalam aktiviti ekonomi negara.

Kalau kita lihat kepada timeline nya, teori ekonomi Islam menapak lebih awal dan terkehadapan berbanding teori ekonomi barat.

Ekonomi barat berada di dalam sistem kapitalisme selama lebih 200 tahun untuk sampai kepada seorang ekonomis barat yang mampu melihat peranan kerajaan perlu dimainkan, sedangkan Islam telah menggariskan perkara ini sejak lebih 1000 tahun dahulu.

Ingatlah, kapitalisme adalah sistem manusia, dan Islam adalah dari pencipta manusia…. pencipta kapitalisme meninggalkan konsep asas keimanan yang Pencipta Manusia telah gariskan di dalam ekonomi Islam….

Written by mahyudin

21 October 2008