Monday, July 21, 2008

Muzakarah PAS-UMNO

Melihat beberapa komentar terkini, jelas pengakuan (umpan) Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi tentang pertemuan beliau dengan Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa dan Khalid Samad jelas mengena. PAS kini jelas bergolak. Beberapa perkara mungkin berlaku sedikit masa lagi.
1)Muzakarah PAS-UMNO tidak berlaku kerana desakan ahli akar umbi
2)Rakan PAS dalam Pakatan Rakyat meragui keikhlasan PAS terutama dalam negeri Pakatan Rakyat (terutamanya Selangor)
3)Kaum India & Cina dalam Kelab Penyokong Rakyat dalam kebingungan dan kembali kepada BN (atau ke PKR & DAP)

Mujurlah tidak ada pemilihan dalam PAS semasa Muktamar nanti. Jika tidak sudah pasti pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat dengan pertemuan rahsia ini akan terkandas. Yang pastinya, mereka ini akan teruk dibelasah oleh perwakilan pada Muktamar di Ipoh kelak.