Tuesday, June 1, 2010

Palestin: Warkah dari Pn Khadijah Ismail

Monday, May 31, 2010
Yaumun Nuqbah : Hari Malapetaka Umat Islam

Pulang dari check up di klinik, singgah makan di restoran berdekatan rumah. Baru sahaja selesai makan, mata tertumpu ke skrin televisyen di restoran, tv3, buletin 1.30. Suara televisyen tidak jelas kedengaran lantaran jauh dan perlahan suaranya, namun, terus berdebar jantung melihat tulisan di hadapan berita tersebut, Israel menyerang! Melihat gambaran seolah-olah serangan berlaku di atas kapal, mengiyakan kata hati, bahawa benar, Israel telah menunjukkan kezaliman, kederhakaan dan kebinatangannya apabila menyerang kapal Lifeline 4 Ghaza, konvoi kapal yang membawa ubat-ubatan, bantuan kepada penduduk Palestin di Ghaza secara aman. Terus sahaja pulang ke rumah dengan hati yang sangat tidak senang, menahan air mata dan sebak. Dalam perjalanan, sms abang, �betul kata abang, kemungkinan Israel serang kapal dah berlaku! �� Sampai di rumah, terus buka siaran Awani di Astro dan Al-Jazeera, mengiyakan serangan dengan belasan yang terkorban. Sedih sangat-sangat. . Sedih atas pengorbanan mereka, sedih kerana kebinatangan zionis Israel laknatullah dan sedih bercampur rasa cemburu kerana tidak dapat bersama-sama mereka yang terkorban merasai syahid dan tidak dapat berada bersama membantu ummat Islam di Ghaza.

Benarlah kata abang dalam kuliahnya tempoh hari dengan tajuk Yaumun Nuqbah/ ‘Aamun Nuqbah ( Hari/Tahun Malapetaka) : “ Kapal yang belayar dalam misi kemanusiaan Lifeline 4 Ghaza sebenarnya berhadapan dengan risiko diserang oleh zionis laknatullah.� Semasa kami ke KLIA menghantar mama dan baba ke Afrika Selatan kerana program bersama masyarakat Islam di sana, kami berkesempatan bertemu dengan 11 orang rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang mewakili NGO masing-masing ke Turki dalam misi LifeLine 4 Ghaza. Ada yang sanggup mengambil cuti sebulan tanpa gaji, ada yang telah meninggalkan wasiat kepada anak-anak dan isteri serta keluarga, mereka semua hanya membeli tiket pergi sahaja dan tidak membeIi tiket pulang, alangkah kuatnya semangat mereka untuk membantu ummat Islam di sana. Kali terakhir melihat berita pagi tadi (1 Jun 2010, Selasa) di Al-Jazeera dan Astro Awani, masih lagi tidak dapat disahkan identiti mereka yang terkorban dan anak kapal telah dibawa ke Ashdod. Menurut kuliah abang sebelum ini, terdapat sebuah penjara di sana bagi menempatkan mereka yang terlibat dengan misi ini.

Paling menyakitkan hati apabila dengan secara jelas, tentera Israel menyerang kapal yang berada di perairan antarabangsa, yang menurut undang-undang antarabangsa, mereka tiada hak untuk menyerang! Menurut Menteri di Turki, dalam siaran langsung Al-Jazeera, mengatakan bahawa Israel BERBOHONG apabila mengatakan bahawa terdapat senjata dalam kapal tersebut kerana tentera Turki telah pun memeriksa sepenuhnya kapal tersebut daripada sebarang senjata. Kapal yang diduduki seramai lebih 600 orang yang cintakan keamanan dan ingin menghantar bantuan ubatan dan pelbagai bantuan lain terdiri juga dari masyarakat Israel yang cintakan keamanan, pemenang hadiah Nobel keamanan, wartawan-wartawan, wanita dan baby berusia 3bulan! Israel masih lagi menyembunyikan identiti mereka yang terkorban kerana takut dengan kecaman dahsyat lagi dari negara-negara terlibat. Sehingga tulisan ini ditulis, berita menunjukkan, rakyat Turki, sebelum Subuh lagi telah turun ke jalanan setelah mengetahui berita tersebut. Masyarakat Jordan, Amerika di Washington, masyarakt Pakistan dan United Kingdom telah turun di jalanan menyatakan kutukan dan kecaman terhadap tindakan Israel. Kerajaan Turki telah memanggil pihak UN ’helds the emergency session’ membincangkan tentang perkara ini di Turki. Sebelum ini, Turki telah memberi amaran kepada Israel, sekiranya mereka menggunakan kekerasan tentera dan menyerang kapal-kapal tersebut, mereka tidak akan teragak-agak menurunkan tentera Turki untuk menyerang balas.

Selama 4 kali mengikuti kuliah abang dalam bulan Mei ini, abang kata memang ingin berkuliah tentang ’Aamun Nuqbah/ Yaumun Nuqbah. Terlalu banyak isi yang dapat dikutip meneliti setiap butiran kata. Saya cuba untuk membentangkan tajuk ini satu persatu walaupun tidak dapat secara detail. Yaumun Nuqbah/ Naqbah ataupun ’Aamun Nuqbah/ Naqbah merupakan hari malapetaka bagi ummat Islam kerana hari itu, 14 Mei 1948, tertubuhnya negara Haram Israel yang diiktiraf dunia dan PBB. Ianya disambut oleh seluruh ummat Islam sebagai hari malapetaka! Kita akan membincangkan tentang 4 point penting ini :-
1. Mengapa isu Palestin ini dekat di hati kita?
2. Sejarah penubuhan negara haram Israel.
3. Pengajaran ’aamun Nuqbah
4. Tanggungjawab kita terhadap Palestin

Mengapa isu Palestin dekat di hati kita?

1. Al-Aqsa merupakan kiblat pertama ummat Islam. Tempat isra’ dan mikraj Rasulullah SAW. Masjidil Aqsa merupakan tempat di mana Rasulullah SAW mendirikan solat menjadi imam bermakmumkan seluruh Rasul-Rasul sebelum baginda SAW. Al-Aqsa juga disebut dalam Al-Quran menunjukkan pentingnya kiblat pertama ummat Islam itu dipertahankan. �Al-Aqsa adalah sebahagian dari kita, dan kita adalah sebahagian daripada Al-Aqsa.�

2. Menurut penganalisis politik, Isu Palestin merupakan ’Mothers of Conflict’ dalam dunia ketika ini. Lihatlah apa yang berlaku di dunia ketika ini. Dunia dilanda ketakutan dan kebencian yang teramat sangat kepada Israel dan Amerika sehingga ada yang meletupkan diri di mana sahaja, di New York, di Bali dan di pelbagai tempat selain Palestin, Iraq dan Afghanistan. Kita sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang meletupkan diri dan menyerang mereka yang tidak bersalah, rakyat biasa di negara tersebut kerana ada dari mereka juga tidak setuju dengan tindakan kejam Zionis Israel di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Namun, ini menunjukkan bahawa dunia sekarang tidak akan aman selagi Israel dan Amerika tidak menghentikan kekejaman dan kebongkakakan mereka terhadap dunia Islam khususnya Palestin. Meletupkan diri di zon perang adalah dianggap syahid oleh ulama’, iaitu di Palestin, Iraq dan Afghanistan, namun tidak dibenarkan menyerang di tempat lain selain itu.

Sejarah Penubuhan Negara Haram Israel

Saya bukanlah orang yang ‘terer’ menghuraikan perihal sejarah, namun, kita boleh melihatnya secara ringkas bagaimana boleh wujudnya negara haram Israel ini. Pada tahun 1917, dalam Balfour Declaration, mengatakan bahawa Palestin merupakan negara rasmi bangsa Yahudi. Mengapa mereka mengisytiharkan perkara tersebut? Menurut sejarah, dapat dilihat bahawa masyarakat dan kerajaan Eropah tidak senang dengan keberadaan Yahudi yang berada di negara mereka. Mereka telah memikirkan tempat yang sesuai untuk diletakkan Yahudi laknatullah ini dan tempat yang paling sesuai adalah di negara Palestin lantaran mereka mahukan negara bagi memecahbelahkan ummat Islam dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kerajaan Islam yang ketika itu dijajah oleh kuasa besar Britiish. Selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah, negera-negara Arab dan negara ummat Islam telah dibahagi-bahagikan kepada negara-negara penjajah seperti kek yang dimakan rakus oleh kuasa penjajah. Palestin telah dijajah oleh British sepertimana Malaya ketika itu. Yahudi telah banyak menimbulkan masalah kepada negara Eropah dan mereka akhirnya secara rasmi, mengiktiraf Israel sebagai kerajaan dalam PBB dan itu berlaku pada 14 Mei 1948, setelah Israel melobi di PBB dan hari itu disebut sebagai Yaumun Nuqbah, hari malapetaka ummat Islam dan ia disambut setiap tahun oleh mereka yang mengetahui dan merasai.

Sebelum peristiwa Mei 1948, hanya 20% tanah yang diduduki oleh Yahudi, namun setelah persitiwa tersebut, sebanyak 78% tanah Palestin telah diduduki oleh Yahudi. Pada tahun 1936-1939, Syeikh Izzuddin Al-Qassam dan pencinta syahid telah melaksanakan penentangan nyata walaupun negara-negara Arab sekitarnya telah lumpuh. Penentangan mereka telah menyebabkan Israel hampir mengisytiharkan dharurat. Pada 1948, Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin telah membina seramai 12,000 orang ikhwanul muslimin dan membantu tentera dan rakyat Palestin di sana. Walaupun Masyarakat Israel menafikan mereka terkesan dengan intifadah yang dilakukan oleh Hamas dan masyarakat Palestin, namun hakikatnya, jutaan ringgit mereka kerugian lantaran intifadah yang dilancarkan. Setiap kali roket Hamas yang ’kurang canggih’ dilancarkan, setiap kali itu mereka berada dalam ketakutan dan bersembunyi di bawah tanah dan takut ke tempat kerja. Penganalisis sejarah mengatakan, sekiranya para ulama’ seperti Dr yusuf Al-qardhawi mengatakan dan melancarkan intifadah yang ketiga, bukan sahaja rakyat Palestin bangkit, namun rakyat di negara-negara Arab seperti Mesir dan Jordan juga akan bangkit menentang Israel dan kerajaan mereka yang penakut dan tali barut Israel!

Pengajaran ’Aamun Nuqbah

1. Kepimpinan dunia Islam, khususnya dunia Arab telah dikuasai oleh zionis. Di Mesir, jelas menunjukkan Hosni Mubarak menghalang bantuan yang ingin disalurkan kepada rakyat Ghaza, malah membunuh mereka yang ingin mendapatkan bantuan dari dalam terowong. Ia bukan hanya menutup terowong yang disalurkan makanan di dalamnya menerusi terowong ke Ghaza, malah melepaskan gas asid yang membunuh pejuang-pejuang yang berada dalam terowong. Rakyat Mesir bukan sahaja marah kepada Israel, namun sangat marah kepada pemimpin mereka. Sudahlah demokrasi dicabuli, setiap kali pilihanraya di Mesir bakal dilaksanakan, mereka memenjara dan menangkap bakal calon pembangkang yang terdiri dari Ikhwanu Muslimin. Hanya 17% masyarakat Mesir yang turun mengundi. Demokrasi apakah itu? Begitu juga Raja Jordan, pemerintahan monarki mereka. Sekiranya di Myanmar, Amerika beriya-iya menunjukkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan demokrasi dan melawan junta Myanmar, namun, di Jordan, mereka membiarkan Raja Jordan memerintah secara monarki kerana mereka tahu, dengan berkuasanya Raja Jordan, ia adalah boneka Yahudi dan mengikut kata Israel. Begitu juga dengan PM Palestin, Mahmoud Abbas, pimpinan Fatah, mereka dengan senang memperkotak- katikkan rakyat Palestin khususnya di Ghaza. Semasa Pilihanraya terbersih 2006 menurut ketua pengawas pilihanraya ketika itu, Jimmy Carter, Hamas terus dinafikan hak memerintah Palestin walaupun menang lebih 2/3 kerusi. Rakyat Palestin tahu siapa yang bersama-sama mereka berlapar dan terbunuh kerana mempertahankan negara mereka, iaitulah pemimpin-pemimpin HAMAS. Mereka tahu, pemimpin Fatah yang apabila diberikan kepada mereka 10ringgit, mereka mengambil 9 tetapi hanya 1ringgit yang diberikan kepada rakyat Paelstin. Rakyat Palestin tahu pemimpin Fatah mempunyai rumah mewah di Jordan, setelah habis waktu pejabat, menaiki helikopter pulang ke rumah mewah mereka. Mana mereka tidak marah dengan pemimpin seperti itu?

2. Pengajaran kedua menunjukkan bahawa hanya Islam yang memberi kekuatan kepada umat Islam. Pada 1967, Perang Ramadhan ketika itu telah berjaya mengalahkan Israel ketika itu dan Intifadah kedua telah berjaya menyebabkan kerugian berjuta-juta USD Israel setiap hari! Lihat sahajalah mereka yang syahid mempertahankan maruah Islam dengan mengorbankan diri mereka untuk Islam. Jika kita di Malaysia, hari ini makan ayam, esok makan daging, lusa makan kambing, tetapi di Ghaza dan Palestin, mereka bukan sahaja tidak cukup makan, malah mereka yang sakit pun hanya menahan sakit kerana tiada ubat yang dapat diberikan. Wanita yang bersalin, kematian bayi-bayi mereka lantaran komplikasi dan ketiadaan ubat. Namun, mereka tidak pernah mahu lari dari negara tanah tumpah mereka. Mengapa? Kerana setiap hari mereka mengangkat tubuh sahabat mereka yang syahid, mereka terbau harumnya syurga, setiap kali mereka mengangkat tubuh sahabat mereka, mereka melihat syurga! Mana muingkin mereka tidak mahu berjuang mempertahankan tanah tumpah darah mereka dan maruah Islam!

Tanggungjawab kita terhadap Palestin

1. Doa dalam munajat-munajat kita. Pernah kita mendengar kata-kata Mahmud Siyam, Imam Masjidil Aqsa semasa datang ke Malaysia dahulu mengatakan dalam maksud begini : �Kami di sana mempertahankan Al-Aqsa dengan jiwa-jiwa kami, kami harapkan doa kalian. Kalaulah kalian tidak mengingati kami dalam doa-doa kalian, kami akan serahkan kalian kepada Allah!� Sungguh, kita merasa sangat pedih di sini, sahabat-sahabat kita bertarung nyawa di sana. Setiap waktu solat, angkatlah tangan berqunut nazilah, dan bermunajatlah memohon doa. Sekiranya kita tidak dapat bersama-sama mereka di sana, harapannya, dapat bersama mereka di Jannah Firdausi, sekiranya kita tidak dapat bersama mereka, harapnya, anak zuriat kita dapat bersama-sama membantu agama Allah di sana.

2. Sumbangan kita kepada rakyat Palestin. Bagi yang bergaji tetap, peruntukkanlah sebanyak 2% darinya setiap bulan bagi memberi sumbangan kepada mereka. Boleh membuat potongan terus ke bank-bank yang menyalurkan terus ke tabung Ghaza dan Palestin seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan Aman Palestin walaupun hanya RM10 sebulan. Lebih efektif berbuat potongan begitu lantaran keterlupaan kita.

3. Sebarkanlah maklumat dan pelbagaikan vehicle kita untuk menyebarkan maklumat. Maklumat ini bagaikan pedang. Seperti di UK, mereka telah mendapat berita terus dari dalam Ghaza sehingga mereka berdemonstrasi di hadapan BBC dan CNN kerana menyiarkan berita palsu dan propaganda jahat. Mereka telah mewujudkan siaran mereka sendiri. Mereka begitu cepat mendapat maklumat, sehingga kita lihat, mereka yang berwajah putih, berambut perang dan bermata biru inilah yang menyuarakan bantahan secara terang dan sanggup menaja misi-misi kemanusiaan malah mereka ramai yang menyertainya hatta dari ahli parlimen mereka sendiri. Sebarkanlah maklumat melalui blog, facebook, twitter dan lain-lain wasilah bagi menyebarkan tentang isu Palestin ini. Janganlah, sehingga terkena sekarang, baru kita tahu bahawa ada misi Lifeline 4 Ghaza untuk menghantar bekalan makanan. Ingin mengharapkan TV dan radio menyiarkan sepenuhnya dan membangkitkan isu ini? Tentunya kita lebih banyak melihat tayangan hiburan melebihi segalanya.

Saya hanyalah menterjemahkan dalam bentuk tulisan kebanyakan kuliah dan ceramah abang tentang Yaumun Nuqbah ini dalam blog saya, mudah-mudahan, kita mendapat maklumat yang benar dan nyata tentang apa yang berlaku. Sebarang kesilapan dalam tulisan mohon dimaafi dan diharap dapat disebarkan buat pengetahuan semua. Moga Allah menerima amal kita yang sedikit supaya dapat bersama mereka yang syahid di medan di Jannah kelak.... Amiin....

http://dijahis. blogspot. com/2010/ 05/yaumun- nuqbah-hari- malapetaka- umat.html

Thursday, May 27, 2010

ASAS PEMIKIRAN ISLAM

-Ahmad Faisal

Idea asas untuk menulis dan membincangkan perkara ini lahir dari kecenderungan masyarakat Islam sekarang yang lebih prihatin dan terbuka untuk membincangkan hal-hal berkaitan dengan agama. Terlebih dahulu saya mengakui bahawa usaha ini hanyalah sekadar usaha kecil sedaya yang mampu dilakukan sendirian untuk memberi sedikit sumbangan dalam menjaga kemurniaan agama Islam dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang sering berkumpul dan bertemu bicara di masjid.

Ianya bukanlah suatu ilmu baru sebaliknya adalah suatu usaha kecil untuk mengumpul kaedah asas yang menjadi kerangka berfikir dan pegangan ulama Islam dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Jika apa yang lakukan ini terdapat kesilapan dan kekurangan maka teguran membina amat saya alukan dan hormati. Ianya adalah hasil dari pembalajaran, pembacaan, dan perbincangan saya selama lebih 25 tahun mengenai ilmu-ilmu agama dalam pelbagai bidang.

Saya berharap dengan perkongsian ringkas ini dapat memberi panduan kepada kawan-kawan yang cintakan ilmu dan agama untuk mengetahui dan membentuk kerangka berfikir yang betul dengan asas fikir dalam Islam. Senario semasa kini memperlihatkan bahawa terdapat satu ledakan kesedaran Islam yang amat kuat di kalangan masyarakat. Namun, yang menyedihkan ledakan itu bangkit di atas asas yang songsang dalam kerangka berfikir atau terdapat juga sebahagian mereka langsung tidak mengetahui kerangka apakah yang membentuk corak fikir mereka. Semua itu dilakukan secara semberono sekadar menukilkan apa yang dibincangkan oleh penulis kolum atau blogger yang mereka baca.

Ulama Islam silam telah membina satu kerangka ilmu yang cukup mantap dan kukuh demi menjaga kesucian agama Islam. Walaupun kita dapati mereka berbeza pandangan dan berselisih pendapat, namun semua itu masih dilandasi oleh kerangka berfikir yang jelas dan setiap mereka mempunyai asas atau kaedah berfikir yang jelas dan diikuti secara konsisten dalam menyatakan pandangan mereka. Sesungguhnya sikap ilmiah inilah seharusnya menjadi pegangan kita dalam menaggani perselisihan pandangan pada masa kini. Sesungguhnya ulama Islam silam mereka adalah sarjana ilmuan yang hakiki dan agung dalam memahami ilmu serta menghabiskan seluruh hidup mereka demi memartabatkan ilmu kerana Allah.

Lakaran gambaran umat Islam kini yang ghairah untuk memahami nas-nas agama, dapatlah disimpulkan tergolong dalam lapan kategori berikut;

i. Ramai penulis (samada kolum akhbar, majalah atau penulis blog) yang menulis mengenai Islam tidak mempunyai kerangka berfikir yang jelas dan tidak berpegang dengan kaedah-kaedah berfikir yang tuntas secara konsisten. Atau mungkin mereka tidak mengetahui langsung apa yang dikatakan itu dengan kaedah berfikir atau kerangka fikir dalam Islam.

ii. Golongan kedua pula, nas-nas agama itu difahami pada makna bahasa Arab secara literal dan kaku atau mungkin mereka sendiri tidak memahaminya secara betul. Jika mereka mendakwa memahami nas tersebut, fahaman itu terhasil melalui penghubung ketiga seperti terjemahan nas (dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris) atau huraian seseorang mengenai nas.

iii. Ramainya penulis mengenai Islam yang cukup pandai bermain kata. Nas-nas yang dihidangkan kepada pembaca mungkin secebis atau sepotong ayat atau hadith tetapi diungkapnya dalam bentuk sebuah karya yang jauh menyimpang dari maksud nas-nas itu. Alangkah ramainya penulis atau pembicara di atas nama agama seperti ini.

iv. Pemidato atau pengacara rancangan yang petah berkata-kata mengenai Islam sedangkan dia langsung tidak tahu mengenai isu yang ingin dibincangkan itu. Sebaliknya cuba menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang maha pakar dan alim dalam semua bidang agama. Alangkah aibnya sikap ini jika dia melihat dari sudut kebertanggungjawaban terhadap agama.

v. Ustaz yang berbicara mengenai agama di luar bidang pengkhususannya. Menukilkan nas-nas dan pandangan ulama muktabar hanya berdasarkan kecenderungan peribadi. Kadangkala kenyataannya itu bercanggah antara satu sama lain, atau bercanggah dengan akal logik, atau sesekali menjadi seorang yang fanatik terhadap makna nas dan sebagainya. Kesemua itu adalah gambaran kecelaruan dalam berfikir seorang ustaz yang tidak mempunyai kerangka fikir yang jelas atau lebih mengaibkan lagi mungkin dia langsung tidak mengetahui apakah itu kaedah berfikir dalam Islam.

vi. Seorang yang sukakan kebecokan dan kegegeran. Suatu isu yang sudah lama selesai dibincangkan dan ianya disembunyikan oleh ulama demi kemaslahatan ummah. Tetapi bila dia mengetahui isu itu, maka mula diungkit kembali agar dia dikenali sebagai ulama atau pemikir ummah yang membawa suatu pembaharuan dalam masyarakat. Ada sepatah ungkapan Arab yang menyatakan “buatlah sesuatu yang pelik pasti kamu akan dikenali”

vii. Ramai terdapat di kalangan masyarakat Islam yang melihat Islam bukan dari sumbernya yang asal. Mereka mungkin rajin membaca dan mengkaji, namun usaha itu dirintis di atas jalan yang silap. Islam dilihat pada rupa luarnya dan jika dilihat pada rupa dalamnya pun gambarannya adalah kabur. Mereka ini kadangkala terdiri dari “orang penting” dalam masyarakat. Akhirnya Islam sekali lagi disalahertikan.

viii. Dan yang terakhir, mereka yang mengaut keuntungan dunia di atas nama Islam. Apa saja yang dilafazkan, dituliskan, dibicarakan tiada lain matlamatnya hanyalah untuk keuntungan dunia peribadi atau kelompok. Ukuran mereka adalah satu; jika sesuatu itu mengurangkan keuntungan mereka maka semuanya salah dan tak benar.

Aku tak dapat nak menyimpulkan apa2 tentang tajuk nih...cume mintak pandangan korang tentang 8 jenis penulis, dimanakah AKU?

Negara Malaysia akan bankrap tahun 2019

MALAYSIA BANKRAP 9 TAHUN LAGI...SIASAT,KERANA SUBSIDIKAH

- Malaysiakini

MALAYSIA menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara. Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan. "Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," kata Indris merujuk kepada ahli Kesatuan Eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

APA ITU KAPITALIS?

Kapitalisme, asasnya ialah:

  • memberi sepenuh pemilikan modal (capital) kepada swasta/private,
  • mengalakkan persaingan yang tinggi,
  • keputusan ekonomi sepenuhnya ditangan persendirian,
  • bermatlamatkan semata-mata kepuasan (pengguna) dan keuntungan (pengeluar) yang paling maksimum,
  • tiada kawalan pasaran dari kerajaan…

Dan sistem-sistem selain ekonomi Islam ini sah-sah ada kebaikan dan keburukannya, sebab ia datang dari manusia, berasaskan human reasoning, hasil dari penilaian dan pengamatan setakat kemampuan otak manusia yang terbatas…apatah lagi founder nya pula tidak mengimani kepada Pencipta Manusia…

Contoh kebaikan kapitalisme:

  • kecekapan pengurusan modal,
  • barang semakin berkualiti,
  • kos makin murah,
  • dan pelbagai pilihan barangan,
  • …..
  • ….
  • ….(penyokong kapitalisme boleh tambah lagi…)

Namun, keburukan kapitalisme pula adalah:

  • riba (sistem kewangan berasaskan kapitalisme),
  • jurang pendapatan melebar (yang kaya bertambah kaya, yg miskin makin miskin),
  • kegagalan pasaran menjamin kebajikan rakyat kebanyakan
  • kurangnya public goods (yang dikira tidak menguntungkan pengeluar)
  • kos pengeluar ditanggung oleh pihak ketiga (pengguna) yg menerima beban dari keputusan yg dibuat pengeluar kapitalis, dll….

Itulah kapitalisme. Ia amat senada dengan pasaran bebas atau laissez faire.

Harus diingat, sepertimana saya menetang kapitalisme, saya anti monopoli, dan saya tidak menyokong sosialisme… Saya hanya menyokong sistem ekonomi yang Islam anjurkan.

Dalam ekonomi Islam sebenarnya ada jugak ciri-ciri seperti kapitalisme. Contohnya private ownership of capital, persaingan, free entry and exit, interaksi demand and supply untuk penentuan harga dll.

Tapi kerana asas kapitalisme ini hanya mengambil sebahagian-sebahagian sahaja dari apa yang Islam telah anjurkan (ye lah, pengasas kapitalisme pun bukannya Islam kan?), hanya berdasarkan secara surficial approach, tidak secara tauhidik, meninggalkan metafizika Islam di sebalik konsep ekonomi itu sendiri… maka dengan sendirinya kapitalisme itu tertolak.

Berikut saya berikan pandangan dari pakar-pakar Ekonomi Islam setakat yang saya tahu.

Ibn Qayyim (1292-1350AD) menyokong pemilikan capital oleh swasta (seperti yang didokong kapitalisme) tetapi beliau berkata mestilah berasaskan norm and values of Islam.

Apa norm and values of Islam? Ia mestilah tidak di atas mudharat pihak yg lain, tidak berasaskan kepada kepentingan sendiri semata-mata…

Di samping itu Ibn Taymiyah (1263-1328AD) menyokong interaksi demand supply untuk penentuan harga, Ibn Taymiyah juga menyatakan kerajaan ada peranan kerajaan untuk protect the public interest, kerajaan boleh tetapkan harga yg sepatutnya jika kenaikan harga is artificially manipulated…

Contoh lain ialah Ibn Miskawaih (died 1030AD), Al-Maqrizi (1364- 1442) yang mengalakkan pengunaan gold dinar.

Juga Al-tartusi (450AH) dimana beliau menggalakkan penggunaan public fund untuk social security system to help the poor, needy and orphans, unemployed handicapped an so on (subsidi la ni…)

Ibn Hazm (994-1064AD) pula menyatakan peranan kerajaan untuk menjamin basic need of the poor (subsidi lagi) seperti makanan, minuman, pakaian, tempat berlindung.

Shah Wali Allah (1703-1762 AD) juga menyebut keburukan kapitalis di mana berlaku ketidakseimbangan pendapatan.

Pendapatan yg tinggi untuk sesuatu kumpulan tertentu dalam masyarakat (yg sedikit jumlah mereka) akan menyebabkan penghasilan barangan yang tidak bermanfaat / tidak diperlukan (undesirable product mix) untuk kumpulan yang kurang pendapatan (majority dalam masyarakat).

Dan, harus ditekankan, satu COMMON THEME yang tidak pernah lekang dari diskusi mereka:

“perlunya peranan kerajaan untuk menjamin welfare of the public…”

Dan kalau dikaji susur galur ekonomi barat, gambaran berikut boleh dijadikan asas pemahaman kita:

  • Abad 17-18 : Teori ekonomi Merchanitilists (teori terawal yg dapat dikesan di barat)
  • Abad 18 : Teori Physiocrats (Quesnay, 1758)
  • 1776 : Adam Smith (bermulanya teori ekonomi barat secara formal)
  • Abad 18-19: Classical economic theory yang berasaskan teori kapitalisme Adam Smith. (Malthus 1778, Ricardo 1817)
  • Abad 19 : Neo-classical economic theory (Mill 1848, Walras & Marshall 1890).
  • 1936 : Keynesian Economics. John Maynard Keynes adalah ahli ekonomi yang paling awal menyatakan perlunya peranan kerajaan untuk menstabilkan ekonomi setelah melihat ekonomi dunia merudum teruk akibat kebobrokan kapitalsme yang telah menguasai ekonomi dunia sejak 200 tahun sebelumnya (abad ke 18 dan 19).
  • Abad 19-20: menyaksikan kebangkitan aliran ekonomi ekstrem seperti Marx (1867) Lenin (1914) yang mengagungkan penguasaan sepenuhnya kerajaan dalam aktiviti ekonomi negara.

Kalau kita lihat kepada timeline nya, teori ekonomi Islam menapak lebih awal dan terkehadapan berbanding teori ekonomi barat.

Ekonomi barat berada di dalam sistem kapitalisme selama lebih 200 tahun untuk sampai kepada seorang ekonomis barat yang mampu melihat peranan kerajaan perlu dimainkan, sedangkan Islam telah menggariskan perkara ini sejak lebih 1000 tahun dahulu.

Ingatlah, kapitalisme adalah sistem manusia, dan Islam adalah dari pencipta manusia…. pencipta kapitalisme meninggalkan konsep asas keimanan yang Pencipta Manusia telah gariskan di dalam ekonomi Islam….

Written by mahyudin

21 October 2008

Wednesday, May 26, 2010

PERANAN SETIAP ANGGOTA

-Penduga Arus

Kaki dijadikan untuk memudahkan kita untuk berjalan, mulut dijadikan untuk kita bercakap, tangan dijadikan untuk memegang,dan otak dijadikan untuk kita boleh berfikir. Apa yang membezakan manusia dengan haiwan ialah kedua-duanye mempunyai otak tetapi manusia mempunyai akal untuk berfikir...mesti korang boring kan sebab aku menulis guna ayat formal.

Kali ini aku nak berkongsi tentang idea 'satelit' yang GURU pernah ajar kat aku. Katanya, seorang bos perlu ada ramai kakitangan perpangkat KANAN untuk melindunginya, melindungi disini bukan macam keje polis OK tetapi melindungi disini lebih kepada pelindungan psikologi. Kalau kita tgk TV, timbul satu2 kes yang melibat bos atau nama baik kumpulan tersebut sudah tentu yang menjawab masalah2 itu adalah org2 KANAN dlam kumpulan itu....takkan bos plak nak jawab beb...bos tu sudah tentu la di tu bos kan...ada saje isu remeh yang berbangkit,cepat org KANAN yang jawab.

Begitu juga dengan dengan kumpulan kita nih...setiap subkumpulan perlu ada peranan masing2. Setiap anggota perlu bertanggungjawab dengan peranan yang diberikan kepada anggota masing2. Kumpulan dan bos tadi ada dalam kotak, lapisan setelit pertama adalah subkumpulan-yang bertanggungjawab kepada kotak dan bos tadi manakala lapisan satelit ketiga adalah aku atau anggota2 di dalam setiap satelit subkumpulan tadi.

Hakikatnya, pandangan sisi saya ialah hanya segelintir org sahaja yang memahami konsep ini termasuklah aku pada masa dahulu. Yang lainnye pulak sedang berlumba nak menambah satelit demi satelit dan banyak satelit pada satu subkumpulan sahaja.....bodek la nih, nak kata bahawa subkumpulan ni lebih hebat dari subkumpulan yang lain....amendela dorang nih,PENING PENING LALAT la dorang nih...Peranan yang diberikan pada awal tahunnya terbengkalai dan menambah kerja kepada ahli anggota dalam subkumpulan tersebut. Hasilnya keje menjadi redundunt terhadap ahli subkumpulan.

Diakhirnya nanti, dia akan cuba mencari salah dan menyiasat siapa punye 'keje' yang menjadikan subkumpulan itu jatuh....siapa lagi kalau bukan aku. Bagi yang membaca artikel nih, aku berharap korang bantulah subkumpulan korang sendiri, pahamkan apa peranan2 yang bos korang bagi kat korang. Dah paham apa peranannya, agihkan perann itu kepada ahli yang sesuai dan layak. Anda mesti adil untuk memberikan tugas itu mengikut keupayaannya. Selepas itu, mana yang anda nampak kosong atau 'lubang' dimana2 pada subkumpulan yang lain, cuba bawak berbincang dengan subkumpulan tersebut cara menutup kembali kekosongan itu, bukannya korang buat sendiri....NANTI KORANG GILER....abis



Tuesday, May 25, 2010

Relak kan pandangan mata anda…dan jgn lupa nak berFIKIR

-Penduga Arus

-perempuan tua, awek muda paling muka dariku, leher kene potong, dagu berjanggut, hidung ada jerawat.

-manusia lebih binatang dari binatang, baju panas, kaki pompuan, kepak, tak cukup satu, menutup kepala, grayscale.

-keras kepala, susah nak dengar pendapat orang lain,kepala batu, tahan kritikan.

-mustahil, kenyataan, tidak mustahil, tersusun rapi, titik hitam sedikit dan ada yang banyak, susunan taktikal.

Monday, May 24, 2010

Giler giler.............

-Penduga Arus

Apa kejadahnye muka dia nih? gile ke apa?


Kamus dewan mentakrifkan 'gila' sinonim dengan sewel, tak betul, terencat akal, tak waras, tak siuman dan antonim dengan siuman. Penulis tidak bermaksud untuk membincangkan perkataan 'gila' ini dengan lebih lanjut, hanya sekadar pembuka kata saja. Apa yang penulis mahu bincangkan ialah penggunaan istilah 'giler giler' dalam melakukan sesuatu perkara seperti berfikir, tindakan dan percakapan. Walaupun begitu diingatkan supaya 'giler giler' ini biarlah berlandaskan dengan hemah dan santun selagi mana ia tidak mendatangkan syirik dan dosa kepada kita.Matlamat tak menghalalkan cara.

'Pendapat gile2' boleh dimaksudkan dengan pendapat atau pandangan yang lain daripada yang lain, tidak sama dengan pndpt org kebiasaan. Bila bos memperkatakan ' Kita perlu ada orang infiltrate ke dalam kumpulan mereka', bagi org biasa dia akan menentang dan menbantah pandangan tersebut. Tetapi bagi yang berpendapat gile2, mereka akan mengatakan 'tidak boleh!'. eh? tetntu pembaca menngandaikan org tersebut mengatakan 'KIta mampu untuk melakukan itu!'....bagi penulis, org yang gile2 itu akan balik dan berbincang dengan rakan2 sepasukannya dengan ide gile2 bos itu, apabila capai kata sepakat, baru lah org tadi berjumpa semula dengan bos nye tadi...mengapa ia perlu dilakukan sedemikian, penulis berpendapat 'org biasa' akan tidak menerima cadangan bos itu dan diterima sebulat suara oleh sokongan konco2nya. Justeru 'org gile2' akan kalah dalam undian nanti dan menuntut perdebatan yang panjang dengan kerasionalan terhadap pandangan bosnye itu...penulis pasti akan ada org yang melabelkan situasi tadi dengan 'kumpulan dalam kumpulan'. Apalah salahnya dalam operasi sesebuah syarikat yang besar, kumpulan2 ini berkerja untuk mennaikkan prestasi syarikat. Lagipun perkara itu telah pun dimaklumkan kepada bosnya...Ia tidak terhenti setakat itu, 'kerja gile' akan mengekori 'pendapat gile2'...'semangat gile2' diperlukan sebagai kata2 hikmat bagi meneruskan 'kerja gile' itu. Maka ide giler bosnya itu akan tercapai tanpa sebarang konfrantasi dari ahli2 nya. Berundur setapak agar dapat melangkah 3 tapak kehadapan.

Bagi yang pernah mengalami peristiwa tadi, ia akan dianggap sebagai pengalaman yang bermakna dan perit bilamana tugasan itu menuntut usaha yang giler2 bagi mencapai target tersebut. Sebagai permulaan, biarlah target itu diletakan satu dahulu untuk dilaksanakan. Jgn pula tamak hingga mengakibat mudarat kepada kerja2 lain yang teras. Kepada yang mengenali penulis, bukan senang untuk saya menukar dan beberapa org rakan untuk mengubah mentaliti 'biasa' ini dikalangan rakan2 'biasa' dalam kumpulan besar... rata rata mereka akan menherdik dan mencemuh segala tindakan kita ini. Alah bisa tegal biasa.


Sedar atau tidak, kita telah menghasilkan satu gelombang yang tidak disenangi sesetengah pihak, gelombang itu ialah gelombang persaingan, ini adalah bentuk persaingan yang sihat dikalangan ahli kumpulan dalam sesebuah organisasi. Tetapi malangnya persaingan ini dicemari dengan sifat PHD antara kumpulan pula. Lain yang dirancang, lain pulak jadinya. Secara individu, saya mengesyorkan dalam situasi genting ini, sebelum terjadinya perkara2 yang tidak baik ini, ada dinasihatkan menjadi seperti garam, kehadiran anda digemari dan kadang2 tidak disukai(terlebih masin leh dapat darah tinggi beb..) dan ketiadaan anda dirasai ketiadaannya... perbincangan menjadi muram dan tidak bersemangat tanpa kehadiran anda(xde garam dalam masakan 'ikan masak lemak,cili api' akan menjadi tawar dan murung)...abis

p/s:
isu diutarakan di atas adalah isu lama,
dan masih kedengaran lagi hingga kini.

Sunday, May 23, 2010

Ukkhuwah - (u - khuw - wah)

INI PUN KUAH JUGA Starting Point
-Penduga Arus

Ada petua jika kita nak kenal sahabat kita itu, dengan menetap di rumahnya selama 3 hari sekurang2. Sepanjang tempoh itukita akan tidur, makan dan bersama dengan sahabat kita itu. Ada juga petua lain dari abng senior2 dlu, "hang pi tinggai kat bilik asrama dia no, satu sem OK "...kesimpulannya untuk mengenali shbt itu lagi rapat kita dianjurkan untuk tinggal bersama dia selama beberapa tempoh tertentu...secara tak lansung dari situ kit akan kenal dan memahami apa yang baik dan buruk pada dia. Barulah kita tau yang dia nih suka baca buku ke, suka masak ke, tak suke makan pas waktu isyak ke dan bermacam2 ragam manusia...

BAgi yang mencari mentee, peluang ini digunakan sebaika2nya bagi menilai kriteria2 yang diperlukan bagi melayakkan dia untuk dijadikan mentee kita. Penulis juga ada melalui proses ini. Dan ini merupakan proses yang Nabi kita ajar pada para sahabatnya. Selepas itu diteruskan oleh penulis sebagai penerusan daripada kaedah mencari dan memahami mentee itu.

Cuba kita kaitkan perkara ini dengan persoalan mencari Ukkhuwah dalam berorganisasi. Ukkhuwah hendaklah bersandarkan dengan nilai cinta kita kepada ALlah SWT, Nabi dan Agamanya....tanpa sandaran tadi maka ukkuwwah cinta itu adalah sia2 atau cinta sekejap2. Bermula dengan gandingan 2 orng shbt, berkembang kepada 3, 4, dan seterusnya sehingga menjadi satu kumpulan besar yang mempunyai satu nilai dan tujuan ukkhuwah tadi. Kumpulan kecil mesti 'berpontensi' menjadi kumpulan yang lebih besar lagi.

Anime,Baik dan Buruk

Pencarian mentee tidaklah seperti Mentor mencari Protege2 nya. Perlu berdansa sana atau menjerit terlolong tak tentu pasal. Ada beberapa langkah dan step yang perlu digunakan untk proses itu. Kadang2 ia memerlukan tempoh masa yang terlalu lama untuk mencari. Selapas proses pencarian itu berakhir, perlu juga kepada proses latihan, latihan untuk menjadi seperti mentor tadi. Mentor A akan mencari dan melatih menteenya supaya menjadi mentee A' [perwatakan A' seperti Mentor A]. Suka saya untuk menberi contoh mudah... watak Jiraiya - Kakashi - Naruto, terpulang kepada pembaca untuk paham atau tidak paham. Di sini faktor (bukan sebab atau sandaran) kesamaan sebagai punca terjalinnya Ukhuwwah tersebut...

Ada sesetengah mentor ini mencarikan buddy kepada mentee nya ini. Setiap orang kat tak sama, kawann....ada yang boleh jalan sorang dan ada juga yang perlu berteman..tak kan anda tak ingat masa sekolah rendah dahulu. "Please sir, may i go out" kita gi bilik air ramai2 macam nak pegi rombongan sekolah, kan? Sesuaikanlah tindakan mengikut keadaan semasa.

Walaupun begitu, tajuk ini selaaalu diperbincangkan dengan hangat (hot topic)...tak sudah2, balik2 ukkhuwwah,
balik2 ukkhuwwah,dah macam perencah ajinamoto dalam setiap perbahasan.bagi yang extend, rasanya taki telinga dorang pun dah naik kering agaknya..sepanjang tempoh penulis mengaji, cuma ada satu, dua zaman je yang OK, pastu timbul semula...daripda pemerhatian penulis, zaman itu ialah masa pemguasaan takhta yang seimbang antara POLI dan SPM (Poli lebih sket sebenarnya...)...pndanan dan perwatakan mereka lebih matang dan agak kedepan sedikit, hasil daripada pengalaman sebelumnya...

....bersambung

p/s:
isu diutarakan di atas adalah isu lama,
dan masih kedengaran lagi hingga kini.