Monday, May 24, 2010

Giler giler.............

-Penduga Arus

Apa kejadahnye muka dia nih? gile ke apa?


Kamus dewan mentakrifkan 'gila' sinonim dengan sewel, tak betul, terencat akal, tak waras, tak siuman dan antonim dengan siuman. Penulis tidak bermaksud untuk membincangkan perkataan 'gila' ini dengan lebih lanjut, hanya sekadar pembuka kata saja. Apa yang penulis mahu bincangkan ialah penggunaan istilah 'giler giler' dalam melakukan sesuatu perkara seperti berfikir, tindakan dan percakapan. Walaupun begitu diingatkan supaya 'giler giler' ini biarlah berlandaskan dengan hemah dan santun selagi mana ia tidak mendatangkan syirik dan dosa kepada kita.Matlamat tak menghalalkan cara.

'Pendapat gile2' boleh dimaksudkan dengan pendapat atau pandangan yang lain daripada yang lain, tidak sama dengan pndpt org kebiasaan. Bila bos memperkatakan ' Kita perlu ada orang infiltrate ke dalam kumpulan mereka', bagi org biasa dia akan menentang dan menbantah pandangan tersebut. Tetapi bagi yang berpendapat gile2, mereka akan mengatakan 'tidak boleh!'. eh? tetntu pembaca menngandaikan org tersebut mengatakan 'KIta mampu untuk melakukan itu!'....bagi penulis, org yang gile2 itu akan balik dan berbincang dengan rakan2 sepasukannya dengan ide gile2 bos itu, apabila capai kata sepakat, baru lah org tadi berjumpa semula dengan bos nye tadi...mengapa ia perlu dilakukan sedemikian, penulis berpendapat 'org biasa' akan tidak menerima cadangan bos itu dan diterima sebulat suara oleh sokongan konco2nya. Justeru 'org gile2' akan kalah dalam undian nanti dan menuntut perdebatan yang panjang dengan kerasionalan terhadap pandangan bosnye itu...penulis pasti akan ada org yang melabelkan situasi tadi dengan 'kumpulan dalam kumpulan'. Apalah salahnya dalam operasi sesebuah syarikat yang besar, kumpulan2 ini berkerja untuk mennaikkan prestasi syarikat. Lagipun perkara itu telah pun dimaklumkan kepada bosnya...Ia tidak terhenti setakat itu, 'kerja gile' akan mengekori 'pendapat gile2'...'semangat gile2' diperlukan sebagai kata2 hikmat bagi meneruskan 'kerja gile' itu. Maka ide giler bosnya itu akan tercapai tanpa sebarang konfrantasi dari ahli2 nya. Berundur setapak agar dapat melangkah 3 tapak kehadapan.

Bagi yang pernah mengalami peristiwa tadi, ia akan dianggap sebagai pengalaman yang bermakna dan perit bilamana tugasan itu menuntut usaha yang giler2 bagi mencapai target tersebut. Sebagai permulaan, biarlah target itu diletakan satu dahulu untuk dilaksanakan. Jgn pula tamak hingga mengakibat mudarat kepada kerja2 lain yang teras. Kepada yang mengenali penulis, bukan senang untuk saya menukar dan beberapa org rakan untuk mengubah mentaliti 'biasa' ini dikalangan rakan2 'biasa' dalam kumpulan besar... rata rata mereka akan menherdik dan mencemuh segala tindakan kita ini. Alah bisa tegal biasa.


Sedar atau tidak, kita telah menghasilkan satu gelombang yang tidak disenangi sesetengah pihak, gelombang itu ialah gelombang persaingan, ini adalah bentuk persaingan yang sihat dikalangan ahli kumpulan dalam sesebuah organisasi. Tetapi malangnya persaingan ini dicemari dengan sifat PHD antara kumpulan pula. Lain yang dirancang, lain pulak jadinya. Secara individu, saya mengesyorkan dalam situasi genting ini, sebelum terjadinya perkara2 yang tidak baik ini, ada dinasihatkan menjadi seperti garam, kehadiran anda digemari dan kadang2 tidak disukai(terlebih masin leh dapat darah tinggi beb..) dan ketiadaan anda dirasai ketiadaannya... perbincangan menjadi muram dan tidak bersemangat tanpa kehadiran anda(xde garam dalam masakan 'ikan masak lemak,cili api' akan menjadi tawar dan murung)...abis

p/s:
isu diutarakan di atas adalah isu lama,
dan masih kedengaran lagi hingga kini.

Sunday, May 23, 2010

Ukkhuwah - (u - khuw - wah)

INI PUN KUAH JUGA Starting Point
-Penduga Arus

Ada petua jika kita nak kenal sahabat kita itu, dengan menetap di rumahnya selama 3 hari sekurang2. Sepanjang tempoh itukita akan tidur, makan dan bersama dengan sahabat kita itu. Ada juga petua lain dari abng senior2 dlu, "hang pi tinggai kat bilik asrama dia no, satu sem OK "...kesimpulannya untuk mengenali shbt itu lagi rapat kita dianjurkan untuk tinggal bersama dia selama beberapa tempoh tertentu...secara tak lansung dari situ kit akan kenal dan memahami apa yang baik dan buruk pada dia. Barulah kita tau yang dia nih suka baca buku ke, suka masak ke, tak suke makan pas waktu isyak ke dan bermacam2 ragam manusia...

BAgi yang mencari mentee, peluang ini digunakan sebaika2nya bagi menilai kriteria2 yang diperlukan bagi melayakkan dia untuk dijadikan mentee kita. Penulis juga ada melalui proses ini. Dan ini merupakan proses yang Nabi kita ajar pada para sahabatnya. Selepas itu diteruskan oleh penulis sebagai penerusan daripada kaedah mencari dan memahami mentee itu.

Cuba kita kaitkan perkara ini dengan persoalan mencari Ukkhuwah dalam berorganisasi. Ukkhuwah hendaklah bersandarkan dengan nilai cinta kita kepada ALlah SWT, Nabi dan Agamanya....tanpa sandaran tadi maka ukkuwwah cinta itu adalah sia2 atau cinta sekejap2. Bermula dengan gandingan 2 orng shbt, berkembang kepada 3, 4, dan seterusnya sehingga menjadi satu kumpulan besar yang mempunyai satu nilai dan tujuan ukkhuwah tadi. Kumpulan kecil mesti 'berpontensi' menjadi kumpulan yang lebih besar lagi.

Anime,Baik dan Buruk

Pencarian mentee tidaklah seperti Mentor mencari Protege2 nya. Perlu berdansa sana atau menjerit terlolong tak tentu pasal. Ada beberapa langkah dan step yang perlu digunakan untk proses itu. Kadang2 ia memerlukan tempoh masa yang terlalu lama untuk mencari. Selapas proses pencarian itu berakhir, perlu juga kepada proses latihan, latihan untuk menjadi seperti mentor tadi. Mentor A akan mencari dan melatih menteenya supaya menjadi mentee A' [perwatakan A' seperti Mentor A]. Suka saya untuk menberi contoh mudah... watak Jiraiya - Kakashi - Naruto, terpulang kepada pembaca untuk paham atau tidak paham. Di sini faktor (bukan sebab atau sandaran) kesamaan sebagai punca terjalinnya Ukhuwwah tersebut...

Ada sesetengah mentor ini mencarikan buddy kepada mentee nya ini. Setiap orang kat tak sama, kawann....ada yang boleh jalan sorang dan ada juga yang perlu berteman..tak kan anda tak ingat masa sekolah rendah dahulu. "Please sir, may i go out" kita gi bilik air ramai2 macam nak pegi rombongan sekolah, kan? Sesuaikanlah tindakan mengikut keadaan semasa.

Walaupun begitu, tajuk ini selaaalu diperbincangkan dengan hangat (hot topic)...tak sudah2, balik2 ukkhuwwah,
balik2 ukkhuwwah,dah macam perencah ajinamoto dalam setiap perbahasan.bagi yang extend, rasanya taki telinga dorang pun dah naik kering agaknya..sepanjang tempoh penulis mengaji, cuma ada satu, dua zaman je yang OK, pastu timbul semula...daripda pemerhatian penulis, zaman itu ialah masa pemguasaan takhta yang seimbang antara POLI dan SPM (Poli lebih sket sebenarnya...)...pndanan dan perwatakan mereka lebih matang dan agak kedepan sedikit, hasil daripada pengalaman sebelumnya...

....bersambung

p/s:
isu diutarakan di atas adalah isu lama,
dan masih kedengaran lagi hingga kini.

Saturday, May 22, 2010

Alahan dalam gerakan.

-Penduga Arus

Saya tak pasti apa yg mendorong ‘kita’ menjadi sangat jumud dalam menggerakkan satu organisasi. JUMUD ini adalah penyakit organisasi, dan boleh diperturunkan dari generasi ke generasi yang lain. Pemikiran monotaip ni sepatutnya kurang atau tidak ada dalam kotak pemikiran ni. Setahu saya ‘kamu ’ telah diajar dengan subjek2 baru seperti kaedah berfikir dalam matapelajaran pilihan. Ada kaedah berfikir secara kritikal dan segala macam jenis lagi. Sesekali cubalah belajr untuk tidak mengata TIDAK kepada benda ini dan itu. Jika masalah berpunca daripada A, selesaikan masalah itu dengan –A, kalau tak boleh gunakan –B, -C dan seterusnya. Dan kamu adalah lebih memahami daripada kami yang berada diluar ini.

Anda adalah apa yang anda baca. Sekali membaca tidak ada apa2 erti. Bnyak yang and baca, banyak rahsia alam yang anda dapat terokai. WISDOM, EXPLORE? Apa tunggu lagi…….lakukan! bermula dengan sumber pembacaan ringan kepada proses pembacaan berat yang memerlukan kita untuk berguru merupakan laluan biasa yang akan dilalui oleh manusia bergelar PELAJAR. Pada penulis, PELAJAR ini sesuai untuk semua peringkat umur. Tiada batasan umur untuk kita jadi pelajar. Kadang2 kita perlu keluar(hijrah) dari kawasan itu untuk mendapat ilmu. Mgkin sebab kat kawasan itu sudah tepu….atau sudah diterokai seluruhnya….kalau tiada idea untuk mengerkkannya,apa salah buat lawatan ke U lain….manalah tau disitu ada ‘JALAN’. Sesudah itu jangan pula terus di apply kepada organisasi kita….semak,pikir,brainstorming, dan bincangkan samada sesuai untuk dilakukan atau tidak kepada kita.

Gerak n yang besar bermula daripada gerakan yang kecil2 dahulu. jika gerakan terus je jadi besar mesti ada ‘sesuatu disebaliknya’. Satu2 gerakan terdorong daripada memenuhi keperluan.cth: mendirikan masjid-perlunya gerakan terdiri daripada bebrapa individu untuk mengumpul umat dikawasan itu,kemudian kumpul duit(dana), kemudian agih tugas,bina musolla, kemudian lantik ajk sana, ajk sini, kmdn lantik Imam dan muezzin, apabila keperluan jemaah semakin besar, kumpul dana lagi, bina masjid untuk menampung penambahan jemaah.

Penulis menggunakan ‘alahan’ kerna biasanya org yang ada alahan ni kejap2 dia sakitnye timbul, kadan2 tidak. Bila sakit je terus je gi Klinik syifa’, bila dah reda dia tak ingat plak kene teruskan makan ubat. Dan penyakit alahan itu timbul lagi apabila langgar pantang, kemudian cari plak klinik burhan dan seterusnya hingga Qolu inna….uunnn……….illa akhir ayah. Sama la juga dengan gerakn kita nih, ada satu masa tu sorang kene jumud(sebb langgar ‘pantang’), suuuumeeeee ahli jadi jumud, kemudian cari ustaz ubatkan penyakit ni, ada geng yang pemikiran ‘luar kotak’ nih pun carikan ustaz untuk sembuhkan penyakit,kemudian bila penyakit dah reda(geng luar kotak amik peranan), sume ahli jadi org berfikiran terbuka hinggalah alahan jumud tu timbul balik (dek sebab ada ahli dalm kotak jeles dan nak tahu sapa geng2 “erdogan” ni)…..maka sumeeeee dapat alahan lagi dan seterusnya tak abis2…..abis


p/s :

isu diutarakan di atas adalah isu lama,
dan masih kedengaran lagi hingga kini.

Friday, May 21, 2010

Intelijen dalam Islam

-Sunday, October 18, 2009 by deltapapa

Ternyata dunia intelijen/intel juga ada dalam dunia Islam. Bahkan Rasulullah mempunyai seorang intel yang terpercaya. Beliau adalah Hudzaifah Ibnul Yaman.
***
Dalam apa jua gerakan, baik gerakan legal tau illegal mesti ada intel. kat malaysia ni aku rasa tak banyak artikel yang menerangkan tentang, kecuali jika 'kita' cari sumbernya. tak kesahla daripada pembacaan buku atau pun melalui pembelajaran berguru. bagi yang berada dalam kampus, sekurang2 mesti ada tindakan ini. tetapi hendaklah berlandaskan pengetahuan bukan bersumberkan hawa nafsu membabi buta. Pastikan objektif tindakan anda itu,cth: 'mengapa kita perlukannya?', 'kenapa di sektor itu,bukan sektor ini?', 'elok antar lek atau pem, atau kedua2 nya sekali?' dan bermacam2 soalan lagi yang ada bermain di kepala hotak kita. Kenkadang, tak semestinya kita pilih kerana di orang 'kita', kita boleh gak memilih dia dalam dia sendiri tidak sedar kita memperalatkan dia. Jadikan dia 'kaki' kita je lah.
Kampus adalah medan latihan, tapi entahlah relevan atau tidak buat masa sekarang nih...perlaksanaan AUKU pun dah macam undang sivil plak zamn skang nih.Tapi dalam soal di atas, Nabi memerlukan perjanjian atau baiah kesetiaan dengan para intelnya.

****
Rasulullah saw. menilai dalam pribadi Hudzaifah Ibnul Yaman terdapat tiga keistimewaan yang menonjol. Pertama, cerdas, sehingga dia dapat meloloskan diri dalam situasi yang serba sulit. Kedua, cepat tanggap, berpikir cepat, tepat dan jitu, yang dapat dilakukannya setiap diperlukan. Ketiga, cermat memegang rahasia, dan berdisplin tinggi, sehingga tidak seorang pun dapat mengorek yang dirahasiakannya.
***
Pada masa sekarang, penilaian terhadap seseorang itu perlu kepada bebrapa peringkat dan tahap2 nye. Daripada yang mudah, sederhana sehingga peringkat yang lebih tinggi lagi(melawan nafsu malas). Bagi penulis, selalu gak kantol bende nih, tapi biasanya perkara nih boleh diselesaikan apabila ada 'kebersamaan' antara ahli. Memangla kita dipesan 'buang kat mana2 je jadi bukit' tapi betul ke 'bukit' tu yang kita hasilkan bukit yang betul, betul betul bukan bukit 'buatan orang'?.Maksudnya disini, sekurang kurang mesti ada satu gerakan hasil daripada 2 atau lebh orang, BUKAN satu orang...one man show(batman, superman,catwoman,two faces), even naruto sendiri ada team kan? sebut naruto je mesti kita akan ingat sasuke, garra, kakashi dan lain2 sama lah juga kita ingat dah hafal nama sahabat2 nabi dan ciri2 merka yang tertulis dalam sejarah. Bak resmi penyapu lidi,"bila satu kita patah, banyak kita kuat." Wujudkan buddy pada peringkat awal, supaya shbt kita berfikir menggunak an 2 otak pikiran bkn satu, sbb bila satu pikiran mcm2 plak dia nak buat....
****

Sudah menjadi salah satu kebijaksanaan Rasulullah, berusaha menyingkap keistimewaan para sahabatnya dan menyalurkannya sesuai dengan bakat dan kesanggupan yang terpendam dalam pribadi masing-masing mereka. Yakni, menempatkan seseorang pada tempat yang selaras.
***
ADil yang penulis tahu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya(jika salah tolong comment). Jadi jika org tu minat menulis, jadikan dia SU kerja, rasa2 dia bnyk cakap dari boss, letak kan dia SU...dan seterusnya....Bukan untuk mengongkong tapi untuk menajamkan apa yang dia ada. Untuk permulaan, listkan nama, kelebihan setiap nama2 itu, pecahkan kelebihan mengikut keperluan kerja yang sesuai, buatkan latihan dummy, kemudian baru wat latihan yang bersifat 'real world'. klu bingung lagi cuba2 la layan manga naruto(bukan anime-movie, sbb bnyak cakap..pop pet pot pet..) tu camne dia bina 'orang'...part gaduh2 tu jgn la diambil sebagai contoh. Kita bukan ada 'kame hame ha' ponnnn...
****
Kesulitan terbesar yang dihadapi kaum muslimin di Madinah ialah kehadiran kaum Yahudi munafik dan sekutu mereka, yang selalu membuat isu-isu dan muslihat jahat, yang selalu dilancarkan mereka terhadap Rasulullah dan para sahabat. Untuk menghadapi kesulitan ini, Rasulullah mempercayakan suatu yang sangat rahasia kepada Hudzaifah Ibnul Yaman, dengan memberikan daftar nama orang munafik itu kepadanya. Itulah suatu rahasia yang tidak pernah bocor kepada siapa pun hingga sekarang, baik kepada para sahabat yang lain atau kepada siapa saja.
***
Bende sirr nih memang kene ambil enteng(penting). Berkait rapat dengan soal pemilihan lagi. trace mana yang boleh jadi ahli kita...abis

p/s : isu diutarakan di atas adalah isu lama,
dan masih kedengaran lagi hingga kini.
tulisan sendeng adalah ulasan penulis.

Thursday, May 20, 2010

Jangan biarkan mahasiswa kita diasuh pemimpin politik tahap rendah

- Harakahdaily, 11 oktober 2007
Murtadza Ibrahim
Thu | Oct 11, 07 | 11:22:14 am MYT

Seorang bapa dari Teluk Intan, Perak begitu seronok dan megah apabila anak sulungnya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Sebagai seorang pendidik, hampir seluruh masyarakat kampung mengunjungi kediaman beliau untuk mengucapkan tahniah. Beberapa orang penduduk kampung juga ada bertanya kepada pendidik ini cara-cara beliau mendidik anaknya sehingga berjaya ke institusi pengajian tinggi.

Malahan beberapa orang penduduk lainnya pula meminta anak-anak mereka supaya mengikut jejak anak pendidik ini yang sememangnya bijak sejak dari alam persekolahan rendah lagi.

Seorang bapa di Hulu Selangor pula memberitahu, dia terpaksa menjual kereta Proton Wira kerana mahu membiayai anaknya yang ketiga untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum ini, dua orang anaknya telahpun menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seorang di tahun akhir sementara seorang lagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

Bapa ini memberitahu, tanahnya sudah habis digadai semata-mata menampung perbelanjaan anaknya yang tinggi ini. Bagaimanapun dia tetap berasa puas hati dengan pengorbanannya itu.

Kedua-dua bapa ini dan majoriti keluarga yang anak mereka berjaya melanjutkan pengajian di IPTA mengharapkan agar anak mereka berjaya di bidang karier masing-masing.

Mereka sanggup berkorban sebagai mengikut saranan kerajaan bahawa mahasiswa adalah tenaga pelapis yang membakal memimpin negara pada masa akan datang.

Kita akan mendengar slogan dan propaganda di radio mahupun di TV bahawa anak-anak mahasiswa ini adalah pelapis kepada kepimpinan yang ada sekarang.

Apabila mendengar slogan "mahasiswa sebagai pemimpin pelapis negara", hampir semua mahasiswa bersemangat tinggi untuk menamatkan pengajian masing-masing. Hampir setiap hari mereka akan membayang jubah di hari konvokesyen dengan harapan merekalah bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan membawa negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Itulah harapan mahasiswa yang bercita-cita mahu menyumbang baik buat ummah dan negara.

Namun, langkah pertama yang perlu mereka belajar adalah menghadapi pilihan raya kampus yang disifatkan asas kepada pembentukan diri sebagai seorang ahli politik.

Sesetengah mahasiswa membayangkan pilihan raya kampus adalah proses pemilihan memilih pemimpin pelajar di antara golongan berilmu atau intelektual, yang bersaing secara bebas.

Bagaimanapun, kini mereka hanya diberikan dua pilihan sama ada mahu menjadi kumpulan Aspirasi yang dikuasai oleh Umno atau kumpulan yang didakwa propembangkang.

Di sinilah majoriti mereka tergamam dan terkejut dengan situasi sebenar pilihan raya kampus yang sepatutnya dinamik dan bebas.

Di sinilah juga mereka berhadapan dengan situasi yang kacau apabila proses pilihan raya itu ditekan dan dicengkam sehingga matlamat sebenar mahu melahirkan pemimpin mahasiswa berwibawa dan bertanggungjawab hilang di celah-celah hiruk-pikuk emosi kepartain.

Seolah-olah yang hanya dibenarkan ialah aliran pemikiran yang selari (sebenarnya yang mengampu) dengan politik pemerintah. Siapa jua yang cuba menyanggah akan dilabelkan sebagai propembangkang yang perlu perlu dikalahkan.

Pada pilihan raya kampus 2007 yang lalu, kumpulan Aspirasi yang dikuasai oleh Umno telah mendabik dada kerana mereka diterima dan menang daripada 20 IPTA. Mereka hanya tewas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Di UIAM, para calon sudah diajar bagaimana mahu menjadi seorang ahli politik. Mereka diajar oleh tenaga yang dimport khas oleh Umno seperti Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Adham Baba dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan dan juga Presiden GPMS, Reezal Meerican Naina Merican. Kedua-dua mereka adalah ahli Umno tulen dan hidup dalam kancah politik Umno.

Yang lebih menarik dan menyedihkan adalah para mahasiswa dan para pensyarah yang cerdik dan bijaksana itu diajar dan dipengaruhi oleh seorang yang tewas ketika bertanding jawatan Ketua Umno bahagian dan seorang presiden pertubuhan belia yang mempunyai rekod kemenangan yang penuh kontroversi, misteri dan memalukan.

Apakah perasaan Rektor Dr Syed Arabi Syed Idid dan Timbalan Rektor HEP, Hamidon Abd Hamid? Bagaimana perasaaan tenaga pengajar UIAM yang cukup hebat seperti Dr Aziz Bari, Dr Sidik Baba dan lainnya terhadap tunjuk ajar dan pengaruh dari dua pemimpin Umno ini yang berperangai kartun itu?

Di manakah hebat dan maruah mereka, seorang tewas bertanding dalam politik sebenar dan seorang menjadi presiden pertubuhan yang penuh kontroversi?

Setiap tahun pilihan raya kampus akan berlangsung dan setiap tahun juga pemimpin mahasiswa disogok dengan politik murahan dan tidak bermaruah. Inikah wajah-wajah bakal pemimpin masa depan negara yang benar-benar bermaruah, bertanggungjawab untuk mentadbir negara?

Jika demikian keadaannya, pemimpin pelajar dan mahasiswa boleh belajar dengan lulusan universiti ternama luar negara, misalnya Oxford. Mereka hanya perlu berfikiran sedikit kreatif dan gunakanlah pendekatan yang paling mudah untuk menjadi pemimpin dalam Umno.

Secara jenaka, carilah mana-mana anak perempuan atau lelaki yang bapa mereka adalah seorang Menteri Kabinet, Menteri Besar atau bakal Perdana Menteri.

Ketika itu, anda akan menjadi bakal pemimpin besar tanpa perlu bersusah payah seperti mana Dr Adham dan Reezal Meerican.

Apa pun, kasihanlah kepada pengorbanan ibu bapa mahasiswa yang bertungkus-lumus menghantar anak mereka ke menara gading tempatan. Mereka masih tidak tahu apa yang berlaku kepada masa depan anak-anak mereka di sana, sekadar dibuai slogan "mahasiswa adalah pemimpin pelapis" untuk masa depan negara etapi mereka sebenarnya dididik oleh ahli-ahli politik secara tidak bermaruah!

**********************************************

Kalau dilihat pada tajuk macam aku ni penah jadi ahli politik kampus jek. walhal aku tidak penah pun menjadi ahli politik kampus, baik MPP mahupun exco. Bukan nak menyesal tapi agak rasa galat sket, sebab, sebab, sebab.......

teringat pada kata2 seorang shbt(bukan haraki) masa belajar dlu, "aku ni S**P!, sume ada, kete aku ada, aku ada pompuan(awek),aku ada kad kredit dan duit bapak aku bagi, aku juge hensem walaupun agak obes sket, aku ada bauk, so apa kurang kat kita nih?". aku jawab "kita nih sume ada, cuma satu je yang kita xde, pointer"...tergelak sama2 aku ngan member aku tuh.

so apa kene mengena ngan tajuk kat atas tuh... nak dikatakan setiap malam kita dibasuh otak kat tv3suku, ekonomi naik, jenayah menurun, parti itu bagus, parti itu nak runtuh, pati kene tangkap. hari2 kene cuci otak. Cara provokasi ini adalah cara yahudi ajar pada bangsa manusia, bleh tngok aticle 'the search for the machurian candidate'....korang baca smpi abis pastu baru korang paham kenapa FRU atau UTK bleh sampai hati nak perlakukan perkara ganas pada rakyat.

terpikir tak kita, pemimpin pemimpin sekarang ni wujud daripada 30 tahun hingga 40 tahun dahulu. dorang dulu student gak macm kita(pada masa tu). Kesan daripada asuhan puluhan tahun semasa dorang student dulu, skang dorang jadi pemimpin yang bersifat kebudak budakan. Walhal pada masa tu (1972), dimana zaman itu pemimpin negara dan standard universiti negara pada tahap yang agak cemerlang di asia.

tukarkan situasi diatas, sekarang dorang pemimpin negara, dorang memimpin dasar pendidikan negara dan kita adalah student pada masa sekarang! jadi apa yang akan dan telah terjadi pada kita skang? lagi teruk macam dorang la 30 tahun akan datang jika dasar itu tidak diubah dari masa skang. sy kenal pakcik kawan saya adalah CEO telekom (R&D), mujur kehidupan dia tidak mewah sebab dia mungkin orng yang berikap sederhana agaknya. Poin nye ialah, dia sendiri cuma ada diploma poli jer hingga skang...nilai diploma ngan degree(degree pon dorang bleh beli, degree omputih lagik)...itu baru bab pensijilan, tak masuk tajuk lagi kat atas tu lagi...abis

isu baru nih, ruang untuk syarahan umum di universiti tempatan tiada sambutan, ruang itu hanya diguna masa PRK saje...

p/s:isu diutarakan di atas adalah isu lama,
dan masih kedengaran lagi hingga kini.

Demontrasi membantah kelulusan JUDI BOLA


-malaysiakini

PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima demonstrasi di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Perhimpunan yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, demonstrasi di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu

_________________________________________

aku dengar pemuda PAS nak buat demo awal bulan julai...hussss nasib baik dah tukar jadual. Apapun tukar jadual xdehal punya, yang ada hal samada 'kita' boleh datang atau tak!

RIndu kat demo BERSIH beberapa tahun dulu. dah macam reunion plak, sume group bleh jumpe. masa satu tempat je....skang ni hah tgk!ada 5 tempat...

SO anak anak muda jgan lupa datang datang demo tu OK?

Monday, July 21, 2008

Muzakarah PAS-UMNO

Melihat beberapa komentar terkini, jelas pengakuan (umpan) Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi tentang pertemuan beliau dengan Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa dan Khalid Samad jelas mengena. PAS kini jelas bergolak. Beberapa perkara mungkin berlaku sedikit masa lagi.
1)Muzakarah PAS-UMNO tidak berlaku kerana desakan ahli akar umbi
2)Rakan PAS dalam Pakatan Rakyat meragui keikhlasan PAS terutama dalam negeri Pakatan Rakyat (terutamanya Selangor)
3)Kaum India & Cina dalam Kelab Penyokong Rakyat dalam kebingungan dan kembali kepada BN (atau ke PKR & DAP)

Mujurlah tidak ada pemilihan dalam PAS semasa Muktamar nanti. Jika tidak sudah pasti pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat dengan pertemuan rahsia ini akan terkandas. Yang pastinya, mereka ini akan teruk dibelasah oleh perwakilan pada Muktamar di Ipoh kelak.